[Error loading the WebPart 'Header' of type 'header']


Selaras dengan usaha ke arah meningkatkan kualiti serta standard tadbir urus dan kebertanggungjawaban, Kumpulan Affin Bank (atau "Bank") komited untuk mewujudkan budaya dengan nilai-nilai keterbukaan dan ketelusan yang tinggi.

  Pihak Bank mengambil pendirian yang tegas terhadap sebarang tingkah laku kakitangan Bank yang menyalahi undang-undang atau penyelewengan kewangan yang boleh memudaratkan pelanggan, pembekal, orang awam, alam sekitar, atau apa sahaja perbuatan yang boleh mengundangkan pembaziran atau kerugian.

  Antara bentuk-bentuk tingkah laku yang tidak wajar adalah seperti berikut:

  1. pelanggaran obligasi undang-undang dan keperluan berkanun
  2. penggunaan dana awam atau lain-lain dana secara tidak wajar atau tanpa kebenaran
  3. aktitiviti yang menyalahi undang-undang, sama ada perlakuan jenayah atau pelanggaran undangundang sivil
  4. penipuan dan rasuah
  5. penyimpangan atau penyelewengan kewangan
  6. perdagangan orang dalam, dorongan, sogokan dan ketidakjujuran
  7. pelanggaran Peraturan Kesihatan dan Keselamatan
  8. salah laksana keadilan (misalnya gangguan, diskriminasi, penganiayaan atau penyalahgunaan kuasa)
  9. pendedahan maklumat sulit tanpa kebenaran
  10. tingkah laku tidak wajar atau tidak beretika
  11. pembaziran, pencurian atau penyalahgunaan peruntukan/ utiliti Bank yang disengajakan
  12. perlakuan merosakkan aset/harta Bank yang disengajakan

  SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT LAPORAN PENDEDAHAN ?

  1. Mana-mana kakitangan dalam Kumpulan Affin Bank;
  2. Pihak ketiga, seperti pelanggan, penyedia perkhidmatan, vendor, kontraktor, pembekal, perunding dan kakitangan pelatih Bank.

PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERITAHU MAKLUMAT

Pihak Bank akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi segala maklumat berkaitan dengan laporan pendedahan maklumat. Laporan pendedahan maklumat akan dikendalikan secara sulit dan teliti.

SALURAN-SALURAN PELAPORAN

Sebarang laporan pendedahan maklumat boleh dibuat melalui MANA-MANA saluran yang berikut:

e-mel ke alamat-alamat berikut:

  1. YBhg.Tan Sri Mohd Ghazali Bin Mohd Yusoff Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (“PBBE”) bagi Pendedahan Maklumat Alamat e-mel: mohdghazali@affinbank.com.my

  2. atau
  3. En Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (“PU/KPE”) Alamat e-mel: kamarulariffin@affinbank.com.my

  4. atau
  5. whistle_blowing@affinbank.com.my, yang dipautkan kepada KEDUA-DUA pihak di atas.

menulis surat secara peribadi untuk membuat temujanji bagi bertemu dengan pihak-pihak berikut:

  1. YBhg.Tan Sri Mohd Ghazali Bin Mohd Yusoff Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (“PBBE”) bagi Pendedahan Maklumat
    DAN/ATAU
  2. En Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (“PU/KPE”) di alamat:
    AFFIN BANK BERHAD 17th Floor, Menara AFFIN 80 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur
  3. from an analysis of the way you use and manage your account(s)/facility(ies) with us, from the transactions you make and from the payments which are made to/from your account(s)/facility(ies); and/or
  4. from such other sources in respect of which you have given your consent to disclose information relating to you and/or where not otherwise restricted.

menulis surat melalui serahan mel/serahan tangan kepada:

  1. YBhg.Tan Sri Mohd Ghazali Bin Mohd Yusoff Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (“PBBE”) bagi Pendedahan Maklumat
    DAN/ATAU
  2. En Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (“PU/KPE”) di alamat:
    AFFIN BANK BERHAD 17th Floor, Menara AFFIN 80 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur

*hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup dengan perkataan “Sulit” . Sila nyatakan di sudut kiri bahagian atas sampul surat“Untuk dibuka oleh Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2015 Affin Bank Berhad (25046-T) dan Affin Islamic Bank Berhad (709506-V) Penerima sahaja”

Agensi-agensi Pengawal Selia atau Penguatkuasaan Undang-undang

Perhatian: Untuk Kakitangan/Pelatih Bank:

Selain daripada saluran-saluran yang disenaraikan di atas, kakitangan/pelatih boleh juga menggunakan peti aduan yang terletak di Tingkat 11 dan 18 Menara AFFIN, Kuala Lumpur

MAKLUMAT YANG PERLU DISERTAKAN DALAM LAPORAN PENDEDAHAN MAKLUMAT
Untuk memudahkan sebarang langkah siasatan dijalankan, maklumat-maklumat berikut hendaklah disediakan:

  1. Nama individu yang membuat laporan, nombor telefon, alamat surat-menyurat atau alamat e-mel;
  2. Butiran orang yang terlibat atau terjejas;
  3. Bentuk dakwaan termasuk bila dan di mana tingkah laku tidak wajar berlaku; dan
  4. Sebarang bukti atau maklumat sokongan daripada saksi-saksi yang boleh membantu siasatan.

PEMBERITAHUAN HASIL SIASATAN

Maklum balas terhadap laporan pendedahan maklumat adalah bergantung kepada tahap kritikaliti laporan tersebut. Sekiranya siasatan lanjut perlu dijalankan di bawah Polisi Pendedahan Maklumat Bank, PBBE dan/atau PU/KPE boleh meminta maklumat atau keterangan tambahan daripada Pemberitahu Maklumat atau menyiasat perkara tersebut melalui Juruaudit Dalaman Kumpulan atau pihak-pihak badan bebas yang lain. Pemberitahu Maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil siasatan tertakluk kepada budi bicara undang-undang dan kerahsiaan.

[Error loading the WebPart 'whistleblowing' of type 'Custom_webpart']
[Error loading the WebPart 'Footer' of type 'footer']